Wednesday, February 10, 2010

Anwar: Utusan Kotor, Biadap, Jijik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Beliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor biadap dan jijik begini,” katanya.

Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.

Sementara itu, peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah “laporan kurang tepat” tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.

''Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil,” kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi “Tak rela diliwat lagi”, dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

Cakap-Cakap Bang Azrin : Ahkbar kaki ampun. memang kuat mengampu, jadi agen pak turut sang fitnah. sebabnya sang fitnah tetap menganturkan strategi dengan secara terperinci demi untuk melakukan apa sahaja untuk membuat anwar ibrahim tetap bersalah. keinginan mereka tetap akan menyumbat juga dato seri anwar ibrahim di penjara sungai buloh, kalau ada dato seri anwar ibrahim, mereka anggap kekuasaan kerajaan mereka akan tergugat dari sekarang dan ancaman pru yang ke 13 nanti. maka oleh itu mereka tetap akan hancurkan dato seri anwar ibrahim. contohnya - mereka umno-bn tewas di beberapa parlimen dan dun pada pru kecil 2009. kehancuran dato seri anwar ibrahim adalah hidangan sedap no 1 bagi mereka.

Pengakuan dari jabatan kimia yang air mani itu milik anwar. tetapi dokumen bukti DNA tidak diserahkan apabila diminta anwar sebagai bahan bukti. tetapi kenapa takut sangat dan berat sangat nak serah semua dokumen yang diminta anwar tu, pelik-pelik. bila dimintak membuat ujian DNA mengguna kepakaran dari luar negara. tetapi mereka menolak. malah mereka juga monolak permohonan qazaf anwar di mahkamah syariah.

tetapi kalau terpaksa juga, semua itu hanya kacang sahaja bagi sang fitnah, mereka boleh mengeluar berjuta-juta dokumen buatan magic mereka sendiri. merekakan ada kuasa magic, mengaku menggunakan berkata-kata, buat apa. budak-budak pun boleh. mahkamah pun dah jadi macam cerita hindustan dah. kelentong kuat.

Dalam ahkbar-ahkbar media yang paling teruk adalah utusan no 1, no 2 kosmo. yang lain-lain contohnya harian metro boleh juga pakai. lepas ni memang aku tak nak sentuh langsung utusan. kalau nak sentuh pun. cuma nak bawa balik untuk dijadikan kertas hidangan makanan kucing aku kat rumah.

kalaulah beruk boleh berfikir seperti manusia, utusan pun dia tak ingin nak baca.

sekian terima kasih.

Assalamalaikum dan salam sejahtera.

No comments:

Post a Comment